Sekolah Saya


ke

halaman sekolah Syaien.

SMKB

    Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong telah dibuka pada akhir tahun 1994.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar dimana ianya dibina di kawasan tanah lapang yang mempunyai luas kira-kira 16.9 ekar.Sekolah ini terletak lebih kurang 25km jaraknya dari daerah berdekatan iaitu daerah Kluang.Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah yang dibina di kawasan felda iaitu Felda Ulu Belitong. Sekolah ini memiliki tenaga pengajar seramai 66 orang guru dan seramai 1402 orang pelajar.Kedudukan sekolah ini didalam peta Johor adalah seperti yang ditunjukkan di dalam peta dibawah:

    Seperti mana sekolah-sekolah lain,SMKB juga merupakan sekolah yang terulung bagi kami student-student di sini.SMKB telah dibuka pada tahun 1995.

    Bagi melicinkan lagi pentadbiran sekolah,Lembaga pengawas telah ditubuhkan yang kini pada tahun 1998,mempunyai pengawas seramai 90 orang pengawas.Bagi memperoleh pelajar yang berdisiplin ,pihak sekolah menetapkan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar.

    Bagi melaksanakan undang-undang tersebut lembaga pengawas telah diberi tanggungjawab untuk membantu.

    Oleh yang demikian,seorang ketua pentadbir lembaga telah dilantik bagi mentadbir dan membimbing atau menjadi tonggak kepada para pengawas untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.Ketua pentadbir tersebut ialah En.Parmin dan Pn.Rabiatul.Ketua pentadbir ini juga telah dibantu oleh AJK besar lembaga pengawas.

    Pada tahun1997,ketua pengawas adalah seorang lelaki akan tetapi pada tahun 1998,Siti Intan telah dilantik bagi bagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan disamping menjadi harapan dan membantu para guru-guru.Walaubagaimanapun seorang ketua tidak boleh melaksanakannya dengan bersendirian tanpa dibantu oleh orang lain.Oleh yang demikian Siti Intan telah dibantu oleh Jeffry Ngadini selaku penolong ketua,Noor Saadah selaku setiausaha,Raffeah selaku Bendahari dan seramai 6 orang selaku AJK pengawas telah banyak membantu disamping memberi sokongan dan nasihat yang amat diperlukan bagi menjayakan sesuatu tugas.

    Al-hamdulillah,setakat ini lembaga pengawas dapat menjalankan tugsan tersebut dengan sempurna walaupun terdapat berbagai halangan yang dihadapi.

      "Life is full of ups and down,so don't give up if you were at down,Get up and work hard to get you,on the top"

    AKTIVITI LUAR SEKOLAH

    Sebagai sebuah sekolah pastinya ia mempunyai kelab dan persatuan bagi memenuhi aktiviti para pelajarnya.Kelab dan persatuan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengelakkan para pelajar daripada terlibat atau terjerumus kelembah-lembah yang tidak diingini.

    Pihak sekolah dipertanggungjawabkan oleh para ibubapa bagi mendidik dan mengajar anak-anak mereka mengenal perkara yang baik dan yang buruk.Oleh yang demikian pihak sekolah telah mengatur aktiviti yang berupa kelab,persatuan,badan berunifrom dan permainan bagi mengelakkan mereka daripada membuat perkara yang tidak baik atau yang tidak berfaedah.

    Disamping itu,ia juga dapat memberi sedikit kemahiran kepada para pelajar dari segi undang-undang,cara menjalankan tugas dan memupuk sikap bekerjasama,bantu membantu dan saling mempercayai didalam diri setiap pelajar.Selain itu para pelajar juga dapat memperbaiki disiplin mereka disamping mendapat sijil penghargaan diatas kemasukan dan takat keaktifan mereka didalam sesuatu persatuan.

      "Tanamkan satu keyakinan bahawa keyakinan menuju kejayaan itu ada sejuta"

      INFO SEKOLAH

        GRED

          B

        KEDUDUKAN

        LUAR BANDAR

        LUAS

        16.9 EKAR

        TARIKH DITUBUHKAN

        1.12.1994

        JUMLAH PELAJAR

        1402 ORANG

        JUMLAH GURU

        66 ORANG

Kembali

Nak Kenal Siapa Saya ?

Renungan

Nak kenal dengan rakan syaien

Mehle ke ruangan favourite subject syaien

ke syaien galerynew.gif (2656 bytes)