RENUNGAN
TO HALAMAN RENUNGAN SYAIEN
Didunia ini banyak cerita yang boleh kita renungkan contohnya seperti kisah nabi-nabi,novel,filem-filem dan sajak atau puisi yang kini menjadi ikutan para remaja.Akan tetapi cuma segelintir sahaja yang mengambil iktibar daripada bahan yang dibaca.Adakah kita ini sudah cukup sifat sehingga tidak perlu mengambil atau membuat renungan dari apa yang kita baca atau kita tontoni.
Oleh yang demikian,dengan bermurah hatinya halaman syaien membuat satu halaman yang diberi nama renungan.Ianya adalah bertujuan agar para pembaca dapat merenungkan sejenak adakah ianya akan dapat memberikan iktibar kepada diri kita ini.
SECEBIS KATA
Bukalah mata,lihatlah melalu jendela hati mu itu dan lepaskanlah kaki matamu meninjau jauh kedaratan.Kukuhkan pintu hatimu supaya luas terbuka,biarlah pewarna masa melewati kamarmu.Bayangkan masa depanmu penuh dengan cabaran.
Gunakanlah segala apa yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan lagi perjalanan dipadang penghidupan ini.
Pernah orang berkata bahawa hidup ini adalah perjuangan dan sesungguhnya perjuangan ini menuntut pengorbanan.
Sememangnya tidak dinafikan lagi hakikat ini,perjuangan dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan lagi bagai mata hitam dan mata putih.Jangan pula kamu terlalu takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku didalam hidupmu dan masa hadapan mu itu kerana ketakutan itu satu kekalahan.Selain itu jangan pula kamu lekas kecewa apabila tewas didalam mengejar cita-cita sebab putus asa itu ibarat orang yang mati sebelum ajal.
Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya.
Usia remaja hanya sekali dalam hidup,pelbagai cabaran dan perkembangan sekeliling mempengaruhi kehidupan jiwa dan perasaan ysng masih muda.Ketekunan belajar,kesabaran,kekuatan jiwa fizikal dan mental disamping iman yang teguh.Sifat tidak mudah putus asa dalam memenuhi ilmu didada .
Pengalaman pahit dan manis menjadi pengajaran dalam kehidupan yang lebih realiti.Dari itu usahlah dipersiakan usia remajamu kerana ianya ibarat pohon yang masih muda.
Ia memerlukan sinaran mentari disamping pengawalan dan penjagaan rapi.
Fikirkan.....sebelum meminta apa yang kita katakan sebagai kebebasan.Bertanyalah pada diri 'bagaimanakah saya menggunakan kebebasan yang dimiliki? Adakah saya mensia-siakanya? dan kepada mereka yang terkongkong ,bertanyalah ...mengapa saya tidak memiliki kebebasan yang diinginkan.Apa salah saya.......?'
Renungkanlah wahai teman sekalian...........
Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.Banyak duka mengaburkan akal.Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki akal.Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak sedih mengurangi akal fikiran.
Ilmu membersihkan hati dan meluaskan keyakinan.Ilmu memberi ketenangankepada akal sehingga segala yang gelap dan kabur dalam mengejar tujuan yang hilang.Lantaran itu hati tidak ragu-ragu lagi menempuh apa yang akan ditempuh atau melakukan suatu rancangan yang teguh dikandang.
Kata-kata yang lemah-lembut akan melembutkan hati yang keras daripada batu tetapi ...........kata-kata yang menyakitkan dapat mengeraskan hati yang lebih lembut daripada sutera.
Hidup ini tidak selalunya indah,bagai hari-hari berlalu......ada malam selepas siang,ada panas selepas hujan dan redup selepas ribut.Nikmat rasa keindahan ada dalam hati yang sentiasa bersinar dengan pancaran nur iman.........
Kecantikan sering membuat kita sering jatuh cinta,tetapi tidak semua kecantikan dapat membahagiakan.
Hidup adalah laksana tidur dan maut adalah 'kebangunan' sejati dan manusia diantara keduanya adalah laksana bayangan yang berjalan.
Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata,namun terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu.
Tidak semua yang bersinar itu permata,kadang -kala semuanya kaca semata-mata.Dari itu usahlah dinilai seseorang itu melalui pandangan mata tetapi pandanglah ia melalui pandangan hati naluri kita.