Make your own free website on Tripod.com

FORMULA MATEMATIK

TINGKATAN 3

POLIGON

Bagi poligon yang mempunyai n sisi,

1. Hasil tambah sudut peluaran = 360 darjah

2. Hasil tambah sudut pedalaman = (n - 2) x 180 darjah

SUDUT DALAM BULATAN

1. Sudut dalam semibulatan = 90 darjah

2. Sudut yang dicangkumi dipusat bulatan oleh suatu lengkok adalah dua kali sudut yang dicangkum oleh lengkok itu dililitan bulatan.

3. Sudut dipusat yang dicangkum oleh lengkok yang sama panjang adalah sama besar.

4. Sudut dililitan yang dicangkum oleh suatu lengkok adalah sama besar.

5. Sudut dililitan yang dicangkum oleh lengkok yang sama panjang adalah sama besar.

SISIEMPAT KITARAN

1.Hasil tambah sudut bertentangan = 180 darjah.

2. Sudut dalaman = sudut luaran bertentangan.

STATISTIK

1. Mod = fakta atau nilai yang paling kerap berulang bagi sekumpulan data.

2.Median = nilai yang berada ditengah-tengah data setelah data disusun mengikut tertib.Bilangan data ialah ganjil:

Median = Nilai ditengah (bilangan data ialah genap)

Median = Min 2 nilai di tengah

3. Min = Jumlah nilai data bahagi bilangan data.

ISIPADU PEPEJAL

1. Isipadu silinder tegak = 3.14 @22/7 x jejari kuasa 2 x tinggi

2. Isipadu piramid tegak = 1/3 x luas tapak x tinggi

= 1/3 Lt

3. Isipadu kon = 1/3 x luas tapak x tinggi

= 1/3 x 22/7 @ 3.14 x jejari kuasa 2 x t

4. Isipadu sfera = 4/3 x 22/7 @ 3.14 x jejari kuasa 3

SKALA LUKISAN

= Saiz lukisan bahagi saiz objek sebenar

PEMBESARAN

Faktor skala, k = Panjang sisi imej bahagi panjang sisi yang sepadan pada objek

Luas imej = 'k' kuasa 2 x luas objek

LAJU,PURATA LAJU, PECUTAN

1. Laju = Jarak bahagi masa

Masa = Jarak bahagi laju

Jarak = Laju x masa

2. Purata laju = Jumlah jarak yang dilalui bahagi jumlah masa yamg diambil

3. Pecutan = Perubahan laju bahagi masa yang di ambil

TRIGONOMETRI

1. Tan = Sisi bertentangan bahagi sisi bersebelahan

2. Sin = sisi bertentangan bahagi hipotenus

3. kos = sisi bersebelahan bahagi hipotenus

BACK